Thursday, March 29, 2018

TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN SEDANG 'SUBUR' / OVULASI

Persoalan ini sering saya tanyakan pada diri sendiri after i got married. Cemburu melihat kawan-kawan lain sudah 'berteman'. hihihi.. mesti semua pasangan baru berkahwin inginkan cahaya mata kan? yes..i feel you. Setahun menanti..barulah Tuhan berikan anugerah ini. Syukur.

Pergerakan telur/ovum wanita untuk menempel pada dinding rahim
Salah satu proses yang perlu diambil berat oleh wanita yang sedang planning untuk hamil adalah dengan mengetahu bila waktu subur/ovulasinya. Waktu ini adalah tempoh dimana telur/ovum wanita akan dilepaskan daripada ovari untuk bergerak ke uterus dan menempel sebelum disenyawakan oleh sperma. Apabila ovum + sperma bertemu, maka peratus persenyawaan adalah sangat tinggi!

Tapi.. ramai wanita yang tidak tahu beberapa TANDA OVULASI sedang berlaku dalam tubuh kita! Bagi saya.. tanda subur itu sangat jelas.. beberapa tanda anda sedang 'berovulasi' ialah:

Tanda pertama: Rasa sakit umpama apendiks pada ovari. Sama ada ovari kanan atau kiri. - Keadaan ini saya sendiri alami setiap kali saya dalam tempoh subur. 



Sebelum kahwin, saya sering mengalami rasa sakit umpama apendiks ini. Disangkakan ada apendiks. LOL! selepas berkahwin dan apabila saya perhatikan keadaan ini..rupanya ini adalah tanda saya sedang subur. Sakit ini akan diikuti dengan keputihan (tidak gatal) yang sangat banyak berwarna krim pada awalnya dan akan beransur bertukar warna kepada cecair likat berwarna jernih seperti putih telur. Selain itu, perut rasa kembung dan kerap buang angin.opps!

Tanda kedua: Miss V akan terasa kembang. I cannot explain it the best way.. tapi akan rasa kembang. Jika ikut bahasa sains-nya.. pangkal rahim berada pada posisi tinggi. 

Tanda ketiga: Lendir yang keluar akan ada tompokan darah. Tidak banyak.. setitik dua. Saya pernah mengalaminya sebelum hamil pada kehamilan lepas. Disangkakan kenapa.. bila buat bacaan..rupanya.. darah sikit tu akibat pelepasan ovum daripada ovari. So it's normal

Tanda keempat: Payudara terasa kembang dan sensitif. 

Tanda-tanda ini adalah antara tanda-tanda yang biasa wanita akan alami ketika dalam tempoh subur. Jadi jangan lupa perhatikan tanda-tanda ini ya! Lagi satu.. bukan semua tanda ini ada setiap kali subur. 

Selain itu, sepanjang tempoh planning untuk hamil.. saya sangat tekankan untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup. Nutrisi mesti cukup, elakkan alkohol, elakkan merokok, ambil makanan yang seimbang dan sihat serta bergerak aktif supaya tubuh sentiasa sihat untuk menyediakan tubuh anda kearah kehamilan. 

Jangan lupa..tidak salah untuk tambah nutrisi tambahan seperti asid folik, iron, protein dan makanan tambahan yang menambah tenaga kepada ovum untuk lebih kuat dan membesar pada saiz yang boleh disenyawakan oleh sperma. Klik sini ---> SET KESUBURAN WANITA
Makanan tambahan yang tinggi khasiat bagi mereka yang sedang merancang mendapatkan cahaya mata

Nutrisi yang baik penting untuk ovum yang sihat serta rahim yang kuat


No comments:

Post a Comment