Friday, March 16, 2018

STRESS DALAM KALANGAN IBU

Hari itu saya janji nak share tentang pengalaman saya sebagai first time mother tentang bagaimana saya elak stress/tekanan berlebihan selepas bersalin hinggalah kini my son almost 7mo. Jom la baca  jika sudi.. 😊😊😊



Stress dalam kalangan ibu bukanlah sesuatu yang baharu..cuma baru-baru ini..masalah tekanan yang membawa kepada beberapa kejadian tidak diingini menjadi topik bualan dalam masyarakat kini. Ini menjadikan masalah tekanan dalam kalangan ibu tiba-tiba mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Saya berkongsi dengan kawan-kawan semua bukan berdasarkan kepada kajian ataupun sains ataupun mana-mana bidang ilmu.. saya berkongsi berdasarkan kepada pengalaman saya sebagai seorang ibu yang baru pertama kali merasai dunia keibubapaan (parenting world). So, it is never too late to greet myself.. WELCOME EMMA! hoho!

Sebenarnya tekanan itu sudah bermula sejak masih dalam fasa kehamilan. Banyak faktor yang mmebuatkan kita rasa tertekan. Mungkin sebab berat badan kian naik, mungkin juga sebab tiada sokongan moral daripada suami, atau mungkin juga perasaan itu sendiri disebabkan perubahan hormon. Bagi saya pula.. tekanan itu tidak terhenti selepas bersalin. Sehingga kini, rasa tertekan itu masih ada dan tahap rasa tertekan itu bergantung kepada faktor juga. Mungkin sebab penat bekerja seharian, mungkin sebab pengaruh negatif daripada orang disekeliling kita. mungkin juga sebab hormon.

Hahh.. selepas bersalin ogos 2017, saya mulai merasakan tahap tekanan yang sangat teruk sehingga tidak sedar air mata mengalir deras ketika menyusukan anak. Perasan menangis bila nampak air mata jatuh keatas muka baby. huhu.. waktu tu, saya sangat tertekan disebabkan oleh perubahan 360० dalam hidup. Bila buka hp tengah malam bila baby terjaga..nampak kawan-kawan tengah bercuti, nampak kawan-kawan tengah makan sedap-sedap, nampak kawan-kawan berhibur dan sebagainya.. saya mula membandingkan diri dengan kawan-kawan dan keluarga yang tidak berada ditempat saya ketika itu. 

Dibawah saya senaraikan tips elak tekanan melampau:
1. Kekal positif - Jangan bandingkan diri anda dengan mereka yang sedang berhibur. Lihat wajah anak anda.. sebenarnya disitulah kegembiraan sebenar kita sebagai ibu buat pertama kalinya.. enjoy the moment.

2. Jauhi diri daripada media sosial - Kurangkan melihat media sosial yang boleh menyebabkan kita terpengaruh dengan topik-topik yang tidak baik dan boleh menyebabkan kita membuat keputusan yang salah. Contohnya.. Suami tidur sedangkan si ibu berjaga..Tanda suami malas dan tidak bertanggungjawab. JAUHI! topik-topik seperti ini hanya akan menambah tekanan sedia ada. 

3. Upah orang yang boleh bantu kita berpantang. Saya ada seorang kawan..beliau mengambil langkah bijak untuk mengelak tekanan dengan mengupah orang yang boleh membantu beliau semasa berpantang contohnya membuat kerja pembersihan rumah, basuh pakaian bayi, kemas rumah dan menjaga kita. Kita hanya fokus kepada hal care and nursing bayi kita. 

4. Download banyak-banyak movies atau drama yang best-best - Ni la yang saya buat ketika berpantang.. bila baby terjaga malam..saya carilah movie best.. Tidak terasa pu sedang berjaga malam ke pagi. hihihi.. dengan lampu malap, husband tidur dengan nyenyak..saya pula bancuh milo panas, dengan biskut kering cecah dalam milo sambil tengok movies. wee~ i miss that moment!

5. Sentiasa ingatkan diri anda..bahawa anak kecil itu tidak tahu apa-apa..tidak faham apa-apa.. dia menangis dan merengek sebab dia perlukan kita. Baby tidak tahu nak bagitau yang dia tidak selesa.. So kita kesian la dengan bayi kita.. dukung la baby,, dodoikan..bawa main.. kalau tak tidur juga.. belai2 jari-jemari si kecil..lihatlah betapa kecilnya jari-jemari si kecil.. pandanglah mata si kecil..betapa innocent nya mereka. Dan sedarlah.. mereka akan membesar dan yes.. kita akan merindui saat-saat itu.

6. It's normal - Jika ada satu ketika.. kita hilang sabar..mungkin terjerit pada bayi.. tak mahu pandang baby sebab kita penat dan baby pula merengek.. its normal darling.. its normal.. letak bayi elok-elok, atau serah pada suami.. ambil masa sebentar.. tarik nafas, hembus.. ingatlah Pencipta kita. Doa baik-baik mohon kesabaran dan kekuatan. Balik pada bayi kita dan say sorry pada bayi. its ok..

7. Cuba dapatkan rehat secukupnya.. bila baby tidur, kita pun tidur. Bukannya time baby tidur, kita capai hp dan bersosial media. Ambillah masa itu dan tidur.rehat dengan si kecil.

8. Jangan dengar terlalu banyak nasihat yang tidak masuk akal. Pandai-pandailah tapis mana yang elok dan mana yang tidak patut. Jangan stress disebabkan si A kata tak boleh itu, dan si B pula kata boleh.. jangan stress. Tapislah mana-mana yang tidak patut. 

9. Sekali-sekala ketika baby sedang terjaga..karaoke la.. hoho! serius.. saya buat!waktu baby terjaga, sy buka youtube dan cari lagu-lagu fav..maka keluarla suara sumbang. yang penting.. penghayatan. haha! anak saya sampai sekarang akan pandang saya jika saya start karaoke sumbang tau! Jangan buat waktu baby tengah tidur..suda..haha

10. Jangan longgarkan komunikasi dengan suami. Berbuallah dengan husband.. jangan jadikan alasan selepas bersalin, bunga-bunga cinta tu sudah tiada.. orang Sabah kata.. Dari kita saja baitu.. sebab dengan komunikasi bersama suami..rasa tekanan tu akan berkurangan. Tidak salah duduk dengan husband dan berbual.

11. Ambillah suplemen yang baik untuk merangsang hormon yang sudah tunggang-terbalik seperti GLA Complex, vitamin B Complex dan Omega Guard! sangat membantu untuk kurangkan tekanan dan mengatur semula hormon secara semulajadi!

BE A HAPPY MOM,ENJOY MOTHERHOOD! 




1 comment:

  1. Betul tu. Kita patut enjoy the moment with our baby.

    ReplyDelete