Monday, March 12, 2018

PENGALAMAN BREASTFEEDING PERTAMA KALI


Pertama sekali.. saya ingin menekankan disini bahawa saya menyokong kedua-dua jenis penyusuan anak sama ada penyusuan badan ataupun formula milk. Because now i'm a happy mother yang bagi anak saya mix BF + FM! yayyy! 

Saya merasai pengalaman ini sejak menjadi ibu buat kali pertama pada bulan Ogos tahun lepas. Bukan mudah.. yes, bukan mudah memberikan susu kepada baby jika anda adalah first time mother. FYI. saya bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. And of course, disana, semua ibu wajib menyusukan baby dengan susu ibu (breastfeed).

Suka saya kongsikan kepada semua ibu-ibu yang baru menjadi ibu buat pertama kali.. YOU NEED TO BE STRONG! pelbagai kesukaran yang akan dihadapi. Contohnya, puting tak timbul (macam saya), air susu tidak ada (macam saya), tidak tahu teknik yang betul dan sebagainya, Dan sepanjang tempoh itu.. kita akan merasa tertekan. Tetapi saya nasihatkan untuk sentiasa berfikir positif dan pandang bayi yang masih tidak faham apa-apa. Berusaha.

Masalah puting tidak timbul seperti yang saya alami membuatkan saya rasa kekok.. sangat kekok! dengan luka czer yang berdenyut-denyut dan masih ditahan di wad.. saya gagahkan diri untuk belajar menyusukan anak. Saya sampai panggil jururawat untuk ajar saya bagaimana menyusukan anak. Syukur staff HWKK sangat membantu! Terima Kasih HWKK! Dengan bantuan mereka, saya berjaya menyusukan baby dengan baik tetapi masalah kedua masih ada.. 

Kurang susu badan! hurm... sekali lagi panggil jururawat..tanya kenapa saya kurang susu? Salah satu yang dia kata..stress dan kurang minum air suam boleh jadi penyebab. So, hari itu juga saya belajar untuk relax walaupun malamnya memang tidak tidur sebab baby sebelah katil (saya dapat bilik first class berdua) kerap menangis. kesian.huhu..suprisingly, tips daripada jururawat sangat membantu!Selain itu, suami bekalkan saya dengan Set Penyusuan Shaklee hari itu. Hasilnya.. susu bertambah banyak. Baby kenyang dan tidur lena.

Disini saya kongsikan TIPS PENYUSUAN DAN TIPS ELAK TEKANAN  mengikut pengalaman saya sendiri ketika berada di wad ibu dan anak:
1. Kekalkan positiviti. Jika anda bakal bersalin atau sedang berada di hospital kerajaan dan stay bersama ibu-ibu yang ramai.. ambil masa..dukung bayi keluar daripada bilik wad dan berjalan-jalan dikoridor atau duduk di koridor sebentar. Relax dan nikmati masa bersama bayi anda.

2. Minum banyak air suam.AIR SUAM! ianya sangat membantu. 

3. Minta bantuan daripada jururawat atau pakar penyusuan. Itulah tugas mereka.. dan pasti mereka akan membantu. Jangan berdiam diri. Cari bantuan. Jangan takut, jangan malu.

4. Jika bayi anda jenis cranky dan kerap menangis.. jangan segan silu minta bantuan jururawat untuk temankan bayi jika anda penat dan tidak larat atau perlu rehat (jika anda bersalin di hospital kerajaan).Mereka akan membantu seperti yang saya alami di HWKK. Good job HWKK STAFF!!

5. Jika bayi anda jenis cranky dan kerap menangis, pandang si kecil anda dan ingatlah..mereka tidak faham..mereka tidak tahu apa-apa.. kekal bersabar dan nikmati saat-saat itu dengan bayi anda. Anda pasti merindui detik-detik itu. :D

Kesimpulannya.. Jangan bersendiri.. jangan diam jika mama-mama sekalian tidak larat atau tidak mampu. Cari bantuan! Jika susu badan memang kurang.. jangan pernah rasa bersalah untuk memberikan susu formula kepada si kecil anda. Mereka lapar dan memerlukan nutrisi.

No comments:

Post a Comment