Wednesday, March 21, 2018

KOLAGEN DAN KULIT

KOLAGEN=PROTEIN

Sebut-sebut tentang kolagen ni, terkejut beruk juga bila ada rakan-rakan yang hanya tahu bahawa fungsi kolagen dalam tubuh kita adalah sekadar untuk menganjalkan kulit. whoops! TIDAK. Kolagen yang baik mengandungi ramuan lain yang mengaktifkan kolagen selain menjadi penyelesaian kepada masalah sakit sendi, masalah rambut rosak, kuku tidak kuat etc..


Kolagen merupakan sejenis protein yang terkandung dalam tubuh badan manusia. hahh..masalahnya, bila manusia ni semakin meningkat usianya kandungan kolagen dalam badan akan semakin berkurang pula. Tu yang rasa sakit-sakit sendi, kulit semakin berkedut etc. Umur 40an-50an sudah start sakit itu ini tidak best la kan? usia-usia sedemikian (kalau saya) sepatutnya enjoy kehidupan, beramal lebih banyak, main dengan anak cucu. Tapi bila sakit-sakit datang hahhh jadi tak aktif la jawabnya.

Salah satu rahsia untuk kekal aktif bukan sahaja kekal berseri adalah dengan mengamalkan pengambilan kolagen. Ramai kan suka amalkan kolagen? Tahniah! kawan-kawan semua memang best sebab sudah punya kesedaran tentang penjagaan tubuh badan. TAPI.. adakah kawan-kawan tahu CIRI-CIRI KOLAGEN TERBAIK? Disini saya akan kongsikan tentang ciri-ciri kolagen terbaik pernah saya ketahui sepanjang hidup saya.

CIRI-CIRI KOLAGEN YANG BAIK DAN BERKESAN:


  • mempunyai jisim molekul serendah 1000 dalton bagi penyerapan unggul
  • Terdiri daripada sisik ikan merah yang merupakan kolagen premium tahan lasak dan membekal 4000mg kolagen Red Snapper Scale (RSS)
  • RSS ni pula diperoleh daripada laut dalam dibawah tekanan yang sangat rendah dan sangat berkualiti.
  • Mengandungi ramuan aktif lain selain RSS yang mampu mengaktifkan penyerapan kolagen dengan lebih berkesan.
Hah! jadi bagaimana? adakah kolagen yang kawan-kawan amalkan mempunyai ciri-ciri ini? Kalau tidak, beralih kepada Shaklee Collagen Powder (SCP) yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini:
CIRI-CIRI SHAKLEE COLLAGEN POWDER:
  • Sumber utama Shaklee Collagen Powder ialah daripada sisik ikan merah yang merupakan kolagen premium tahan lasak dan membekal 4000mg kolagen.
  • Shaklee Collage Powder mempunyai jisim molekul serendah 1000 dalton bagi penyerapan unggul. Beberapa produk kolagen lain dipasaran menyediakan kolagen yang mempunyai jisim molekul antaranya 300 000 dalton (sangat besar)-kesukaran penyerapan tubuh. Ada pula 500 dalton terlalu kecil untuk penyerapan tubuh.
  • Mengandungi 7 ramuan aktif yang membantu dalam penyerapan kolagen dalam tubuh manusia! BUKAN SEKADAR KOLAGEN
7 RAMUAN AKTIF YANG TERKANDUNG DALAM SCP:
  • Ekstrak biji benih Camelia Japonica (Tsubaki) -  Ekstrak biji ini mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi isoflavin yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas
  • Ekstrak Pfaffia -  Digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camelia japonica, ianya dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
  • Kolagen Ikan (RSS – Red Snaper Scale) –  Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen daripada binatang. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen utk menjadikan kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  • Ekstrak Kerang-kerangan -  Glukosamina daripada ekstrak kerang kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata.
  • Lactobacillus Acidophilus – Lactobasilus acidophilus ialah sejenis bakteria baik yang membantu memgimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen
  • Vitamin C -  Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin B (B2 & B6)-  Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan bagi pengeluaran kolagen dalam sel.

No comments:

Post a Comment