Sunday, February 25, 2018

APA RASA CONTRACTION? PENGALAMAN KALI PERTAMA BERSALIN CZER

Ini adalah pengalaman pertama saya merasai segala-galanya sejak disahkan hamil pada Disember 2016.
 ❤


Setiap wanita yang sudah mendirikan rumahtangga pasti menginginkan cahaya mata. Itulah yang saya minta daripada Dia setiap kali berdoa selama setahun selepas berkahwin.
Tuhan mengabulkan doa saya apabila saya disahkan hamil pertama kali untuk kandungan pertama pada November 2016 tetapi my baby angel bertahan pada usia 5 minggu sahaja ketika itu dan saya disahkan mengami keguguran. (Saya akan kongsikan kisah sedih saya mengalami keguguran pada entry seterusnya ya)

Pengalaman kedua hamil selepas cun-cun sebulan berpantang daripada keguguran. 23 Disember 2016 saya sekali lagi disahkan hamil. Ops! Pantang tu sepatutnya tak boleh bersama dengan husband.. tapi hati saya hancur ketika keguguran tu dan saya tidak berputus asa dan on suplemen untuk kuatkan rahim serta meningkatkan kesuburan daripada Shaklee iaitu Vivix dan Set Kesuburan.

Selfie sebelum 'acara meraung dan bertenggek dibahu husband' hahaha!

Dipendekkan cerita.. Tarikh 18 Ogos 2017 tidak akan saya lupakan.Saya sedang hamil minggu ke 38. Menanti hari untuk melahirkan. Hari itu saya ke KKIA untuk pemeriksaan dan tiba-tiba tekanan darah melonjak naik 145/90! Padahal sebelum ini tekanan darah cantik. Doctor kata.. 'andang-andang la tu, keadaan ni memang biasa bila nak hampir melahirkan'. Hari itu juga saya warded di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Kota Kinabalu. 

19 Ogos 2017 pukul 6 pagi.. Selepas sarapan.saya dimasukkan ubat dari 'bawah'. they called it INDUCE. Masih boleh ketawa dan berborak dengan mama lain dalam wad.. pukul 7.00 pagi.. rasa seakan-akan nak poo-poo.. rasa seolah-olah sakit perut keracunan makanan. Tapi bila ke toilet..poo-poo tak keluar.. Orang kata contraction tu rasa macam senggugut.. for me.. 100% tidak seperti senggugut tapi more to rasa sakit perut nak membuang! LOL!

Rasa sakit perut tu masih boleh tahan.. masih boleh berjalan-jalan dikoridor wad sambil whatsapp husband yang sibuk prepare banyak benda untuk sambut kelahiran bayi. Tengok jam.. jam pukul 11 pagi.. ok husband on the way dan boleh masuk temankan saya. Husband sampai saja.. tiba-tiba perut rasa kerap mengeras dan sakit semakin kuat..sakit tu saya tidak boleh explain bagaimana.. memang sakit.. but still saya boleh tahan sambil ikut teknik pernafasan.

Jam 12.30 tengahari.. doktor datang cek bukaan.. still 3cm.. tapi sakit makin kuat sampai husband jadi 'pokok' tempat saya bertenggek everytime rasa sakit. Waktu tu juga doctor decide pecahkan ketuban. perghhh!! air mengalir panas dari bawah!

1 tengahari masuk LR.. ingatkan boleh meneran dan melahirkan.. BELUM..bukaan tetap 3cm! my goodness!! sakit lebih kuat daripada sebelum ni.. huhuhuhu.. dalam hati berdoa supaya kesengsaraan tu berakhir. Saya ditempatkan dalam satu bilik khas untuk bersalin normal(rasanya) dan ditemani oleh seorang jururawat. Rasa contraction semakin kuat.. tahap? tahap jari kaki ikut curl setiap kali contraction datang. Untuk mama-mama yang pertama kali.. contraction ni datang dan pergi. Bukannya sakit sepanjang masa. Setiap kali contraction tu memang sakit. Sakitnya memang tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa kesakitan yang kita pernah rasa. Teknik pernafasan yang diajar selama ni sudah tidak berguna bagi saya ketika itu dan waktu itulah.. saya meraung kesakitan!! husband siap menangis disisi tengok.

Pukul 8.30pm.. bukaan tetap 3cm.. saya tidak tahu apa silap saya semasa hamil.. bukaan tidak menyenangkan hai doctor.. seluk dengan kerap! sebab saya memang kesakitan yang teruk. 11.00pm.doctor decide..'Kita terpaksa procedd C-section ya mama.. baby kurang oksigen dan baby tidur'. Saya jadi mix feeling. Saya serahkan kepada husband untuk decide.. dan dia kata ok.. proceed. Hati sedih sebab teringin nak bersalin normal. Tu sebabnya saya bertahan berbelas jam lamanya! Tapi ketentuan Tuhan.. saya pasrah. 

11.30pm.. Doktor buat emergency C-section diiringi lagu Photograph by Ed Sheran (part ni best.. saya rasa sangat bertenang). Lepas cucuk ubat bius dibelakang.. sakit contraction hilang.. perasaan yang best bila contraction hilang. 11.50pm.. my baby boy keluar dengan tangisan kecil..Syukur Tuhan. 
Our first family photo!

Anak mama yang tidur sepanjang proses contraction haha!

Pesanan saya kepada ibu-ibu yang akan mengalami pengalaman pertama.. pengalaman kita berbeza-beza.. rasa contraction itu hanya kita yang boleh explain bagaimana. Saya tahu anda curious dan akan google apa rasa contraction kan? hihihi.. sila bertenang gais.. Kita wanita kuat.. kita mampu melalui sakit itu. 

Selepas entry ini..saya akan kongsikan pula pengalaman menjaga luka bedah c-section ya!
serta tips-tips untuk jaga luka tu.

5 comments:

  1. best pengalaman bersalin, apa pn cara melahirkan cukup beri kenangan yg paling indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kenangan yg pasti x akan lupa hingga akhir hayat.

      Delete
  2. 1st pengalaman, 3x induce bukaan hanya 1cm. At the same time ada masalah hypertension ketika mengandung. So, at last doc decided ceaser. Nampaknya setakat ni belum ada rezeki bersalin normal. Yg penting baby ok ba kan🤗

    ReplyDelete
  3. Ibu sangat kuat untuk menahan segala kesakitan semasa bersalin

    ReplyDelete