Saturday, August 8, 2015

DIET YANG SIHAT

Hello?
Semoga semua sihat-sihat dan ceria-ceria ya!

Kali ini saya akan sentuh tentang satu fakta menarik tentang hukum pemakanan yang sihat. 

Hari ini masuk minggu ketiga saya melalui 'diet' bagi mengurangkan berat badan. haha! Berat terrrrberat sepanjang hidup adalah 61kg pada tahun 2012. Selepas itu saya menjalani diet bermula tahun 2013 selama hampir 6 bulan dengan menjalani 'DIET PROTEIN'. Mesti pernah dengar kan? Dalam diet ini, saya tidak boleh mengambil karbohidrat sebagai sebahagian daripada diet seharian saya. Jadi saya makan apa? saya makan makanan yang berasaskan protein seperti soya dan daging putih, sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja. Saya berjaya mengurangkan 10 kg pada ketika itu. 

Pada waktu itu, saya tidak mengambil sebarang vitamin even multivitamin. Get the point? Bermaksud sepanjang diet itu, saya kekurangan sangat banyak nutrien dalam tubuh saya. OMG! dan tidak mematuhi Hukum Diet Sihat.

Ok, now let me share about HUKUM DIET SIHAT yang terdiri daripada:
  • Hukum Kuantiti
  • Hukum Kualiti
  • Hukum Keseimbanga
  • Hukum Kecukupan
Sebaiknya sepanjang hidup kita..kita perlu mengikuti hukum diet sihat ini. Means, kita kena makan untuk sihat. Diet bagi saya secara peribadi bukan semata-mata untuk kelihatan skinny..tetapi lebih kepada mengekalkan kesihatan. Sebenarnya saya tergerak menurunkan berat badan pada 2012, kerana saya mengalami kesukaran berdiri lama, berjalan jauh dan kesemputan. Sakit sangat lutu dan tapak kaki bila berdiri lama dan berjalan. Apatah lagi berlari dan naik tangga. Sya menjangkakan saya mengalami Gout. Yalaa..suka sangat makan daging kan.. Tapi one of my friend yg kerja nurse ni bagitau, 'that was not a Gout..you're OVERWEIGHT'. So, sehingga sekarang..saya sentiasa memantau berat badan saya untuk tujuan kesihatan. Jadi makanan kena cut itu, cut ini, kena zumba 30 minit-1 jam sehari. 

Walaubagaimanapun, kesilapan tetap kesilapan.. dalam kita menjalankan diet harian kita, kita perlu mematuhi Hukum Diet Sihat ini.Tidak boleh berlaku kelompangan nutrien.



HUKUM KUANTITI
Jumlah makanan yang diambil setiap hari seharusnya cukup bagi memenuhi keperluan tubuh. Tidak lebih-Tidak Kurang. Selain itu bagi memberi tenaga, membekalkan bahan-bahan untuk keperluan tumbesaran serta memelihara tisu dan organ.
Sebuah diet itu dikatakan lengkap sekiranya ianya membolehkan individu memenuhi fungsi-fungsi ini:
 ♥ Tumbesaran
 ♥ Pembiakan
 ♥ Pekerjaan
 ♥ Kegiatan mental
 ♥ Penjagan berat bagi orang dewasa.

HUKUM KUALITI
Diet seharusnya lengkap dan pelbagai dalam penyediaannya supaya bahan seperti Karbohidrat, Lemak (lipid), protein, vitamin, mineral, air dan serat sayuran/buah dapat dibekalkan kepada tubuh kita.

HUKUM KESEIMBANGAN
Sebagai makanan pembekal tenaga (karbohidrat, lemak dan protein), keseimbangan nisbah antara pelbagai bahan harus dipelihara:
 ♥ Karbohidrat: 55-75% diperlukan daripada jumlah kalori setiap hari. Means, tubuh perlu dibekalkan dengan 1100-1500 kalori sehari (275-375g sehari) SAHAJA. 
 ♥ Lemak: Lemak yang dicerna setiap hari tidak boleh MELEBIHI 30% daripada jumlah kalori dan sebahgian daripadanya adalah daripada lemak sayuran bukan lemak haiwan. (66gram lemak sehari)
 ♥ Protein: 10-15% proetein adalah perlu dalam diet harian. (200-300 kalori sehari) bersamaan 50-75g protein sehari.

HUKUM KESEIMBANGAN
Pilihan, penyediaan dan kuantiti makanan haruslah cukup, sesuai mengikut berat, umur, keadaan fizikal individu, dan jenis kerja fizikal yang dilakukan. (wajib difahami)

Selesai saya jelaskan secara ringkas dan mudah difahami. Jadi, bila keluar membeli makanan diluar tu, kena tengok Fakta Pemakanan ya.. HAPPY DIETING!

No comments:

Post a Comment