Thursday, July 16, 2015

PUNCA RAMBUT GUGUR DAN BAGAIMANA MENGATASINYA.

Selepas Tragedi 05.06.2015 yang berlaku dikampung halaman saya, Ranau Sabah.. penulisan blog ini agak slow kerana saya memberi laluan dengan maksud menghormati ahli keluarga mangsa. Hampir sebulan berkabung dan kini saya kembali menceriakan semula blog tercinta ini. hihihi..
btw, Happy Eid Mubarak to all my visitors and followers! have a blast ya!


Ok, kali ini saya akan meyentuh pula tentang masalah keguguran rambut since saya mengalami masalah keguran rambut yang agak teruk beberapa bulan lepas. Sejak itu, saya mula mencari punca kepada masalah rambut gugur. Rambut merupakan mahkota kepada semua kaum hawa dan rasanya lelaki apa kurangnya kan? Tetapi apabila masalah rambut kena dengan diri sendiri, mulalah panik mencari cure untuk menyuburkan, melebatkan etc..



Mengikut pengalaman saya sebagai SID, ramai pelanggan yang mempunyai masalah yang sama dengan saya cuba mendapatkan Zinc Complex Shaklee daripada saya. OPPPSSSS.. kawan-kawan jangan terus-menerus mencari Zinc ya..kononnya zinc akan membantu masalah gugur rambut. Oh yes of course Zinc boleh membantu. Walaubagaimanapun, sebenarnya kita perlu mengenali punca utama mengapa kita mengalami masalah gugur rambut! 



Antara punca yang kawan-kawan mungkin boleh consider is:
1. Hypothyroid

2. Perubahan homon (pregnancy, usia meningkat, menopause)
3. Kekurangan zat seperti protein, vitamin B dan Zinc
4. Terlebih vitamin A
5. Rokok
6. Tekanan fizikal dan emosi
7. Sistem penghadaman bermasalah (detoks)
8. Penggunaan ubatan
9. Overstyling (produk rambut, hair dryer, hair straighter etc)

Itu adalah antara sebabnya. Saya dapati, level zinc dan protein dalam tubuh saya normal (Oh yeahh sebab saya consumer tegar protein ESP Shaklee dan a good meat eater hehe). Dalam masalah rambut gugur yang saya hadapi, saya tidak memerlukan Zinc kerana punca rambut gugur saya adalah disebabkan oleh perubahan hormon sebab sebelum inipun, jerawat naik mendadak! oleh itu, saya hanya perlu seimbangkan semula hormon dengan mengamalkan GLA Complex. anda howwwdyyy! secara perlahan-lahan, masalah rambut gugur saya semakin berkurangan. Yeah!


Oleh itu, saya nasihatkan kepada kawan-kawan yang mengalami masalah yang sama supaya tidak panic dan terus membuat andaian kekurangan Zinc ya..terlebih zinc dalam badan pun susah juga. Lebih baik kawan-kawan cari punca kenapa masalah rambut gugur tu datang terlebih dahulu dan cuba buat perubahan dan mengambil tindakan yang sesuai. 

Tetapi sekiranya kawan-kawan menginginkan rambut yang sihat dan cantik, Shaklee menawarkan Set Rambut Sihat yang terdiri daripada ESP, vitamin B dan Zinc. Kesemua supplemen ini akan membantu menjadikan rambut kita sihat dan cantik. Bab Zinc pula kena consult dengan hair specialist ya. Kalau memang kurang Zinc, barulah cari SID berhampiran anda untuk mendapatkannya. 

Semoga perkongsian saya pada malam Raya Pertama ini akan bermanfaat kepada semua pembaca!
Love you guys to the moon and back!!
xo, Emma,

No comments:

Post a Comment