Saturday, May 16, 2015

SIMPLE SHAKLEE:REUSSI GATHERING (DAMAI ECO RANCH, LOHAN RANAU)


Salah satu perkara paling best bila join Shaklee ni adalah apabila part2 gathering together gether ni..hahaha! Mula-mula join dulu ni la perkara paling malas mau buat. Sebab saya ni bukan jenis yang suka bersosial..kumpul ramai-ramai ni bukan kesukaan saya. Tapi sejak dengan Shaklee, leader atas-atas tu selalu bagitau, sekiranya kita ingin berkembang dalam bisnes Shaklee, aktiviti bersosial ini sangat penting. Sebab..


“Shaklee products only has two flaws. They can’t walk and they can’t talk.  That’s your job.” 
-Dr. Shaklee.

Kita tidak akan dapat menyebarkan kebaikan produk Shaklee dengan hanya berdiam. Kita perlu membuka mulut, menyebarkan dan mendengar. Oleh itu, kita mesti keluar dari comfort zone kita sekiranya kita benar-benar mencintai Shaklee!

Dipendekkan cerita, hari ini best sangat jumpa mentor Shaklee saya yang berada pada rank Coordinator iaitu Dayang Suhana dan rakan-rakan seperjuangan lain.
PART PALING BEST..MAKAN hahah!
REUSSI TEAM: SHAKLEE LEADERS


Salah satu pengalaman baru apabila dapat berkumpul bersama-sama sebab hampir kesemua team kami tinggal bukan dalam satu daerah. Ada yang sanggup datang dari Tambunan ke Ranau, dari Kundasang ke Ranau.. memang nampak semangat! Sepatutnya sangat ramai family Reussi yang dinaungi oleh team terbesar dan paling berjaya Shaklee di Sabah ni iaitu Pollux yang bernaung dibawah Master tercinta..Master Aya Chalo, tapi disebabkan oleh kekangan waktu, lokasi jauh, tiada pengasuh anak-anak..jadi inilah sahaja kami.

Aktivitinya bukanlah banyak pun.. just makan-makan potluck..cerita tentang Shaklee..beramah-mesra. Sebab sebelum ni hampir semua kami hanya bertemu di alam maya, dan hari ini telah bertemu face to face. aisehh macam mau betumbuk pn ada. haha!

Sebagai seorang SID, saya suka mengajak rakan-rakan seperjuangan Shaklee untuk meluangkan masa buat gathering kecil-kecilan even minum kopi d warung-warung etc.. effect tu lagi KABOOMM untuk beri suntikan semangat kepada team kita sendiri. Bagi yang sudah beranak-pinak dalam Shaklee, aktiviti seperti ini adalah sesuatu yang penting bagi membina asas kepercayaan dan kekuatan dalam team kita masing-masing. So for me, this is part of he process.

xo,
Emma. 



No comments:

Post a Comment