Saturday, May 30, 2015

DIABETIS DAN SHAKLEE

Di Malaysia sahaja pada tahun ini telah mencatat 2.6 juta rakyat menghidap diabetes. Dan ianya sentiasa meningkat dari masa ke masa setiap tahun! Apa yang merisaukan adalah, penyakit diabetis memerlukan kos yang tinggi dalam rawatannya. 


Antara Supplemen Shaklee Yang Membantu Kita dalam Memerangi DIABETIS!
Secara sepintas lalu, Diabetis adalah keadaan dimana individu mempunyai paras gula yang tidak normal didalam darah. Ini berlaku samada disebabkan oleh tubuh yang tidak mampu menghasilkan insulin (hormon) atau sel tubuh manusia yang tidak bertindak balas dengan insulin itu sendiri ataupun kedua-duanya sekali.

Terdapat dua jenis Diabetis:
1. Jenis pertama ini sering berlaku dalam kalangan orang muda. Dan diabetis jenis ini disebabkan pankreas berhenti menghasilkan insulin. Biasanya untuk jenis ini, pesakit akan memerlukan suntikan insulin.

2. Jenis kedua pula adalah diabetis yang berlaku dalam semua tahap umur. Pada mulanya diabetis jenis ini berlaku hanya disebabkan oleh insulin yang tidak bertindakbalas dengan sel tubuh, dan sekiranya tabiat makan tidak berubah kepada tabiat pemakanan yang sihat, diabetis jenis ini akan membawa kepada kenaikan level gula dalam darah sehinggalah individu tersebut akan disahkan menghidap diabetis.

Antara kebimbangan terhadap masalah diabetis ini, ianya jarang dikesan pada peringat awal sehingga pada tahap diabetis, barulah ianya dikesan. wow..sangat silet killer kan?

Kita kemungkinan mempunyai risiko diabetis sekiranya kita:
1. Mempunyai berat berlebihan (overweight atau obese)
2. Tidak melakukan senaman
3. Tinggi bacaan kolestrol 
4. Mempunyai masalah darah tinggi
5. Mempunyai salahsilah keturunan menghidap Diabetis.

SIMPTOM DIABETIS:
1. Kerap kencing
2. Pitam
3. Penglihatan yang tiba-tiba kabur
4. Rasa kebas-kebas pada tangan & kaki
5. Mempunyai luka yang lambat sembuh

SO, PREVENTION IS THE KEY!
hahh..sudah baca kan perkongsian saya tentang diabetis? Sebenarnya perkara terbaik adalah dengan mengambil langkah MENCEGAH! Pertama dengan cara pemilihan makanan yang bijak seperti mengurangkan pengambilan bikarbonat, gula dan karbohidrat. Kedua, rajin-rajinkan la diri untuk bersenam. Dan kepada kawan-kawan yang mungkin berada pada tahap overweight dan obese, ikhtiarkan sesuatu untuk menurunkan berat badan. MUDAHKAN? 

So, LET'S FIGHT DIABETES!!

No comments:

Post a Comment