Friday, August 1, 2014

PERBEZAAN UBAT DENGAN SUPPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)

Hampir separuh daripada kita masih tidak dapat membezakan antara UBAT dengan SUPLEMEN. Kita akan fikir bahawa dengan mengambil apa-apa bentuk pil, tablet, kapsul, etc semua itu adalah ubat. TIDAK. Mari kita lihat apa perbezaannya:

1. UBAT: Merupakan bahan kimia kuat yang mampu mengubah fungsi tubuh dengan menggangu tindakan biokimia.
SUPPLEMEN: Membantu tindakan biokima dan pemprosesan.

2. UBAT: Membawa kesan sampingan dan kekal dalam badan
SUPPLEMEN: Kesan sampingan tidak berkekalan (healing crisis) dan bergantung kepada usia, jenis daya tahan dan masalah kesihatan.(tidak membawa maut)

3. UBAT: Tidak bertindak menyebatikan 'dirinya' sebagai tisu badan.
SUPPLEMEN: Membantu menghasilkan tisu badan yang sihat dan membawa kepada kekuatan fungsi organ dalaman dan luaran.

4. UBAT: Ubat berkemungkinan membawa maut disebabkan faktor kandungan ubat dan faktor pengambilan tidak betul (overdose). Kematian adala kesan sampingan yang pasti.
SUPPLEMEN: Supplemen adaah selamat bergantung kepada jenis kandungan (pemilihan produk supplemen penting-pilih yang tidak menggunakan bahan kimia dan dadah).

5. UBAT: Cara tindakan adalah cepat. Itulah sebabnya manusia cenderung mendapatkan ubat daripada supplemen.
SUPPLEMEN: Cara tindakan adalah beransur-ansur (1 jenis supplemen mengambil tempoh masa lebih kurang 3-6 bulan untuk menyesuaikan dengan tubuh badan) Oleh itu, kita kena bersabar dan percaya.

6.  UBAT: Ubat merawat tanda penyakit bukan merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan tetapi tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang sakit disebabkan kekurangan ubat. 
SUPPLEMEN: Suplemen bertindak *merawat punca penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika kesakitan itu berpunca daripada kekurangan sesuatu zat makanan, pengambilannya dalam makanan dapat mengatasi kesakitan yang dialami.

7. UBAT: Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.
SUPLEMEN: Pengambilan suplemen tidak memerlukan *pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan zat makanan ayau suplemen dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi.

8. UBAT : Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
SUPLEMEN: Orang tua lebih memerlukan lebih banyak bilangan zat makanan kerana faktor kekurangan yang berlarutan terlalu lama serta penghadaman yang lemah.

9. UBAT : Pengambilan ubat yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit bukan menyembuhkan penyakit. Contoh : Pengambilan panadol (Paracetamol) yang berterusan boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.
SUPLEMEN: Suplemen sedia mengawal badan daripada serangan penyakit dengan menguatkan sel-sel badan daripada serangan virus, kuman dan bakteria.

CREDIT TO: VITA CORNER SID: 893571

No comments:

Post a Comment