Saturday, July 26, 2014

KEGAGALAN FUNGSI HATI (REVITALIZING SET SHAKLEE)

Ramai yang tidak sedar akan kepentingan fungsi hati/liver terhadap tubuh badan manusia. Saya secara peribadi tidak akan tahu fungsi hati even pernah study Biology time form 5 dulu.maklumlah student kan..bila cikgu mengajar, saya tidur.memang tidak minat pun dengan mana-mana subjek Sains..tapi bila sudah bersma-sama Shaklee barulah saya mula belajar sedikit-demi sedikit tentang masalah kesihatan manusia dan bagi saya Shaklee adalah yang terbaik! tidak sabar rasanya jin Bengkel Nutrisi pada 24 Ogos akan datang. 

Berbalik dengan HATI, bukan sakit hati ka, kecil hati ka, jatuh hati ka..tapi MASALAH/KEGAGALAN FUNGSI HATI. ramai orang menyangka hanya jantung dan otak adalah organ paling penting. Jangan lupa setiap organ dalam tubuh badan kita adalah penting dan menjalankan fungsi yang berbeza-beza dan saling membantu antara satu sama lain untuk menghasilkan satu tubuh badan yang cekap dan berfungsi dengan baik.

Hati manusia adalah seberat 1.3-3.0 kilogram dan merupakan organ lembut berwarna perang kemerahan dan merupakan organ kedua terbesar selepas kulit.

Liver's Anatomy


MENGAPA KITA PERLU TAHU TENTANG FUNGSI HATI?
Berikut adalah antara fungsi hati:

Berikut adalah fungsi-fungsi hati:
♡ Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati
♡ Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
♡ Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
♡ Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
♡ Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
♡ Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
♡ Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen              seperti ammonia.
♡ Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
♡ Menguraikan molekul hemoglobin tua.
♡ Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan

Walaubagaimanapun, masalah lain akan timbul sekiranya fungsi hati terhadap beberapa perhubungannya dengan organ lain dalam tubuh terganggu. Ramai yang tidak ambil tahu kan tentang kepentingan fungsi hati? Nah..jadi mari kita lihat apakah simptom-simptom yang menunjukkan fugsi hati telah terganggu.

SIMPTOM KEGAGALAN FUNGSI HATI*:

♡ Sakit perut di bahagian atas kanan abdomen. 
♡ Keletihan, lemah dan turun berat badan. 
♡ Kornea mata kekuningan
♡ Nafas berbau
♡ Mati pucuk, kurang nafsu seks, testis mengecil (pengurangan fungsi hormon seks)*
♡ Kelesuan dan kepenatan yg kerap

Di antara jenis-jenis kerosakan hati ialah: 

1. Hepatitis - Sel hati menjadi radang.* 
2. Kolestasis - Aliran air hempedu tersekat.*
3. Steatosis - Pengumpulan Kolesterol atau triglyceride. *
4. Aliran darah ke hati terganggu. *
5. Tisu hati rosak disebabkan oleh bahan kimia dan mineral atau sel abnormal.* 

PENYEBAB PENYAKIT HATI:
1. Alkohol
2. Cirrhosis
3. Rokok
4. Ubat-ubatan
5. Cara pengambilan supplemen yang tidak betul

Bagaimana Shaklee dapat membantu*?
Shaklee menyediakan dua jenis produk yang dikenali sebagai Nutriferon dan DTX Complex yang mempunyai fungsi tertentu berkaitan masalah hati.

Revitalizing Set Shaklee


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment